Cerita bermula apabila seorang pelajar universiti tempatan di MALAYSIA ingin memulakan perjalanan hidupnya untuk sem yang ke-4 di universitinya. Pelajar ini bernama AYAI (bukan nama sebenar) telah membeli tiket untuk pulang ke tempat dia belajar iaitu di UiTM SHAH ALAM. Ayai telah mendapat tiket bas pukul 3.30 ptg dari Melaka Sentral ke Shah Alam. Pada saat itu, dia telah ternampak satu pergaduhan kecil antara dua insan yang saling kenal-mengenali iaitu seorang yang bergelar bapa dan seorang yang bergelar anak. Motif pergaduhan adalah si bapa tidak membenarkan anaknya pergi meninggalkan dia keseorangan di Melaka. Lalu si bapa memarahi anaknya yang tidak mengambil kisah tentang riwayat hidup ayahnya yang tidak berpanjangan. Namun, walaupun dimarahi dengan teruk di khalayak ramai, si anak tetap berdegil untuk meneruskan niatnya meninggalkan bapanya begitu sahaja. Si anak terus berjalan dengan laju ke arah kaunter tiket bas Transnasional meninggalkan bapanya yang sedang menangis teresak-esak. Kejadian itu disaksikan oleh beratus orang di sana tidak kira bangsa melayu, china mahupun india. Namun pergaduhan itu terhenti pabila si ayah pulang ke rumah dengan penuh duka.
Masa terus berlalu dengan pantas. Tepat pukul 3.30 ptg, ayai terus bergerak menuju ke bas yang disediakan di tepi jalan itu. Ramai orang yang berpusu-pusu masuk kedalam bas dengan kasar tanpa memikirkan keadaan bas yang tidak terkawal oleh penumpangnya itu. Ayai terus beratur untuk masuk kedalam bas itu. Tatkala itu, dia perasan ada serpihan kertas melayang terus jatuh di kakinya. Ayai mengutip serpihan itu tanpa sebarang kata dan membelek kertas itu dengan telitinya. di kertas itu tertulisnya "KEMALANGAN BAS MEMBAWA KEMATIAN". Ayai mula rasa tidak sedap hati pabila terbaca petikan dari serpihan kertas itu. Tetapi, dia tetap bernekad untuk menaiki bas itu. sepanjang hentakkan kakinya didalam bas itu, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan pelik yang jarang dirasai olehnya ketika masok kedalam bas. Ayai terus mencari kedudukannya didalam bas itu. Dia mendapat kedudukan dibelakang sekali. Bersebelahannya terdapat seorang lelaki iaitu rakannya di universiti.
Dalam kadar masa 15 minit, bas yang dinaiki ayai mulakan perjalanannya. Bas itu bergerak dengan lancar sepanjang perjalanan keluar ke lebuhraya melaka. Ayai memasang handsfreenya untuk melayan lagu yang terdapat didalam telefon bimbitnya itu. Sedang enak dibuai mimpi, ayai tersedar kerana pemandu bas telah menekan brek secara tiba-tiba. Tatkala itu, ayai ternampak serpihan kertas yang dibacanya itu melayang di luar tingkap bas dan terus melekat di tingkap bas bertentang dengannya. kertas itu menunjukkan petikan yang sama ketika berada di melaka sentral. Ayai mula rasa gelisah dan tidak senang duduk. Dia memberitahu akan hal ini kepada kawannya, tetapi kawannya itu tidak sesekali percaya kata-katanya malah digelakkan pula.
Tanpa mereka sedar, bas itu sekali lagi brek secara mengejut dan menyebabkan seorang pakcik tua bersebelahan kami tercampak kehadapan. Kepala pakcik itu terhentak pada bucu kerusi dan kedua-dua belah tangannya itu patah teruk. Saat itu, ayai ternampak lori balak yang membawa muatan lebih berada di depan bas yang menyebabkan bas yang mereka naiki itu terbalik. Kesemua penumpang tercampak kesana kesini. Terdengar jeritan-jeritan ketakutan, kesedihan, bunyi-bunyi tulang yang patah dan cermin-cermin yang pecah. Ayai dan rakannya itu sempat bersembunyi dibawah kerusi yang mereka duduk tadi. mereka ternampak percikan-percikan darah yang menggelikan, orang2 bertembangan saat bas itu terbalik sejauh 200meter. Setelah bas itu berhenti bergolek, ayai dan rakannya bangun dari bawah kerusi itu dan ternampak lori balak tdi itu terseret dan terus menghentam mereka.
Tiba-tiba......... bersambung
eee knapa tak habiskan..... baru nak best baca
ReplyDeletebest ker???
ReplyDeletehahaha....
thnks...
t lar...idea xder lar...
bukn xder tpi otak tepu skunk nih!!
alah cepat lah habes kan !
ReplyDeletebawak sabar ea...
ReplyDelete